Sekolah Kebangsaan Lamdin
  Kata Alu-aluan
 




SEKAPUR SIRIH
DARIPADA GURU BESAR
(Encik Mohd Kanafi bin Sakidin)

Salam Sejahtera.

    Terima kasih kerana sudi melayari laman web sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Lamdin merupakan sebuah sekolah kecil di luar bandar. Sekolah ini unik sebab hampir 98% muridnya terdiri dari anak-anak petani, pekebun dan peniaga kecil-kecilan dan dari satu "etnik" sahaja iaitu berketurunan Siam.
    Banyak rintangan dan cabaran telah ditempuhi sebelum sekolah berada ditempat sekarang. Warga pendidik tidak putus asa, malah berusaha berterusan untuk mengimbangi kekuatan dan kelemahan yang ada dan cuba mengoptimumkan peluang dan ruang demi merealisasikan harapan negara. Kami tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan pesat dunia tanpa sempadan masa kini. Warga pendidik mahu murid dan masyarakat setempat menjadi sebahagian dari perkembangan global. Utamakanlah ilmu, sebab ilmu boleh mengubah nasib dan masa depan malah mampu mencorak segala-segalanya.
    Pihak sekolah amat bersyukur kerana mendapat kerjasama dan komitmen dari semua pihak. Kami amat menghargai segala sokongan dan dorongan dari Kerajaan, ahli politik, individu tertentu serta masyarakat dan PIBG. " Caring is Sharing " itu asas pegangan kami. Akhir kata, saya bagi pihak semua warga sekolah Kebangsaan Lamdin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam usaha mempertingkatkan prestasi sekolah ini dan menjadi pemangkin kepada tertubuhnya laman web ini.

Semoga hasrat murni untuk mencemerlangkan Sekolah Kebangsaan Lamdin menjadi satu realiti dalam tempoh terdekat ini.

 
   
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=